Sunday 21 February 2016

Sejarah dan Asal Usul

Sejarah dan Asal Usul Kampung Sebandi Ulu

Kampung Sebandi Ulu berasal daripada pembukaan hutan. Kawasan hutan tersebut telah diteroka oleh lima orang adik beradik yang dikenali sebagai Nek Pok(bapak Nek Mat), Nek Enjut, Nek Syen, Nek Entali dan Nek Aing. Kesemua mereka dikatakan berasal dari Kampung Pandang Sari( sekarang Kampung Sambir). Mereka meneroka hutan, bercucuk tanam terutamanya menanam padi huma. Mereka terus menetap di kawasan kebun tersebut, tempat bercucuk tanam kerana mereka telah memperoleh pendapatan yang lumayan. Perkataan SEBANDI berasal daripada sebutan 'Ban' yang membawa maksud jalan kecil yang ditimbus untuk memudahkan orang pergi ke sawah padi dan kebun yang berpaya. Menurut bekas Ketua Kaum Sebandi Ulu, Allahyarham Tuan Hj Baylai Bin Mat(anak Nek Mat), Kampung Sebandi Ulu sudah wujud lebih 100 tahun dahulu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, semasa Kampung Sebandi Ulu mula diteroka, hanya terdapat lebih kurang 5 buah rumah sahaja yang didirikan. Selepas Nek Mat menjadi Ketua Kaum sekitar tahun 1920-an, hanya lebih kurang 50 buah rumah sahaja didirikan di Kampung Sebandi Ulu. Sehingga sekarang terdapat pertambahan dan pembangunan yang ketara dalam bilangan rumah serta pertambahan jumlah penduduk dengan jumlah rumah lebih 170 buah rumah.

Alhamdulillah..sekarang Kampung Sebandi Ulu membangun dengan pesat dalam pelbagai bidang dan telah memperoleh pelbagai kejayaan sehingga ke peringkat Kebangsaan.

Wahai Rakyat/Penduduk Kampung Sebandi Ulu.. Marilah sama2 kita laungkan " Aku Bangga Menjadi Rakyat Kampung Sebandi Ulu "

No comments:

Post a Comment