Tuesday 23 February 2016

Motto,Misi,Visi, Matlamat

MOTTO 

Motto yang Pertama: 

"KE ARAH MASYARAKAT TRANSFORMATIF"


       KE ARAH

Bermaksud menuju, ingin mencapai, mencapai, usaha yang betul-betul gigih untuk mencapai sesuatu tujuan atau kejayaan. Pergerakan atau hala tuju yang dirancang intuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

       MASYARAKAT 

Penduduk, orang yang berada atau mendiami sesuatu kawasan,boleh terdiri daripada berlainan bangsa , budaya, agama, ideologi dan kepercayaan tetapi mempunyai persamaan dari segi usaha dan arah tuju untuk kemajuan bersama. Kumpulan penduduk yang boleh berinteraksi dan berkerjasama untuk mencapai kejayaan untuk faedah bersama.

       TRANSFORMATIF

Berubah ke arah yang lebih positif, perubahan secara kreatif, inovatif dan berdaya saing. Perubahan minda yang ditunjukkan oleh masyarakat secara membina, sihat dan idea-idea yang boleh menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan kampung.


Motto yang Kedua:

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"

     SEPAKAT 

Persetujuan bersama, sebulat suara, ada kata putus dalam melaksanakan suatu kerja, aktiviti atau program yang dilaksanakan demi kebaikan bersama.

     MEMBAWA

Menghasilkan, mendatangkan, menunjukkan suatu hasil yang baik atau kejayaan yang membanggakan.

     BERKAT

Barakah, kebaikan, hasil yang baik, kejayaan yang membanggakan mendatangkan faedah kepada seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat. 




VISI 

KE ARAH MASYARAKAT MAJU DAN CEMERLANG DAN SETERUSNYA MENAIKAN NAMA KAMPUNG SEBANDI ULU DI MALAYSIA.


MISI

* Melahirkan pemimpin-pemimpin Kampung Sebandi Ulu yang berwibawa, beretika, sanggup menghadapi cabaran dan boleh memimpin masyarakat ke arah kemajuan pada masa hadapan.

* Berusaha meningkatkan taraf hidup penduduk berasaskan penglibatan aktif penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi.

* Meningkatkan mutu pendidikan anak-anak Kampung Sebandi Ulu ke tahap yang lebih membanggakan agar mereka dapat bersaing dengan masyarakat luar.

* Meningkatkan kesedaran sahsiah dan nilai -nilai murni penduduk Kampung Sebandi Ulu melalui penglibatan aktif dalam bidang ilmu keagamaan, sosial dan kerohaniaan.

* Berusaha mempertingkatkan aspek-aspek kebersihan dan kesihatan penduduk Kampung Sebandi Ulu.

* Berusaha mewujudkan suasana dan persekitaran yang sentiasa ceria, bersih dan harmoni di Kampung Sebandi Ulu melalui kerjasama secara mesyuarat, permuafakatan dan bergotong-royong. 

* Meningkatkan tahap pengetahuan ICT di kalangan penduduk Kampung Sebandi Ulu.



MATLAMAT 

Mewujudkan dan melahirkan masyarakat yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Kampung Sebandi Ulu.

No comments:

Post a Comment